Friday, December 9, 2011

:: jangahlah kita bersedih ::

Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini.

Ramai oleh telah tersalah sangka maksud ketenangan dalam hidupnya.. selalu orang mengaitkan ketenagngan itu dengan faktor harta iaitu kekayaan, walaupun itu boleh menjadi penyumbang tapi itu bukanlah segala-galanya.. betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur atas katil yang empuk tetapi lenanya tidak nyenyak.. bahkan ada orang yang tido di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena daripada kita.. ada orang yang berada di hadapan hidangan yang hebat, lauk-pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak.. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.. kata HAMKA 'lihatlah bagaimana ALLAH membahagi-bahagikan nikmatnya'.. semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang.. belum tentu!! 


Tiada siapa mampu menghalang ketetapan ALLAH SWT.

jika ALLAh hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.. jika ALLAH menghalang kebahagiaan seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.. jika ALLAH uruskan urusan kita, dan ALLAh tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan ALLAH.. jika ALLAH mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH.. apa yang orang rasa rugi, ALLAH akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan yang manusia tidak sangka tetapi ALLAh boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..


Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah.

Tengoklah dunia ini.. kadang-kadang manusia hilang suatu benda ini daripada dunia, kadang-kadang macam dia hilang segalanya.. cuba bayangkan berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup?? cuba ingat.. ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.. tapi hari ini ALLAH telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.. ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata "habislah aku kali ini".. tapi usia kita telah berjalan dan kita masih lagi makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.. ketika kita kata "Ya ALLAH tolonglah aku, ya ALLAH tolonglah aku, aku susah ya ALLAH", hari ini kita telah pun lupa pada perkataan itu dan kita juga lupa kadang-kadang untuk bersyukur  di atas pelbagai ranjang hidup yang telah ALLAH keluarkan kita daripadanya.. orang-orang yang diberitahu kepada mereka, "itu orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau" , "nuh orang nak ambil tindakan kepada hang" , "itu orang nak ambil tindakan kepada kau".. kata ALLAH iman dia bertambah.. bukannya kita perlu kata "pasal apalah ALLAH benci aku? apalah dosa aku?" tidak!! kata Al-Quran, iman mereka bertambah yang menyebut "cukuplah bagi kami ALLAH, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"..


Pengalaman sering mematangkan kita.

Sesiapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.. orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban tawakal.. bila hati insan bulat kepada "ya ALLAH, aku serahkan urusan ini kepada Mu ya ALLAH"..


Kita sering lupa kita masih punya hidupan di akhirat.

apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia kan merasakan dunia yang sangat kecil dan, kehidupan yang sangat luas.. nabi ada sebut dalam hadis yang diriwayatkan imam Muslim, ALLAH bawa pada hari akhirat manusia yang paling derita dalam dunia ini.. ALLAH ambil dia, ALLAh masukkan dia dalam Syuraga dan kemudian dikeluarkan lalu ditanya dia "wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" dia menjawab "tidak! aku tidak pernah derita pun dalam hidup ini".. hanya kerana masuk sekelip mata di salam syurga, dia lupa cerita derita.. kemudian ALLAh ambil manusia paling nikmat dalam dunia, ALLAH masukkan dia secelup sahaja dalam neraka lalu dikeluarkan dia.. dia berkata "pernahkah engkau merasai nikmat dalam hidup ini?" dia menjawab "tidak! aku tidak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini".. hanya dengan satu celupan ke neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya..


Masihkah kita teringat akan nikmat yang ALLAH berikan selama ini?.

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru, dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatiu nikmat yang besar.. satu hamba ALLAH yang patah kakinya, yang dia tidak pernah pun sebut atau barangkali tidak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak.. tetapi apabila suatu hari dia sakit kaku dia kata "ya ALLAH bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik" baru dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat.. kata HAMKA "yang ada ini sudah harapan kita dan bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada!"

Bersyukurlah wahai diri ini.

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut, syukur kadang-kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.. ramai orang terpaksa sabar tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.. kebiasaannya bila orang susah kita kata apa? "sabar jela nak buat apa" tetapi untuk jadikan orang yang memiliki harta yang banyak bersyukurlah di atas nikmat.. insan jika dia nak bersyukur kepada ALLAH, tak terdaya kerana jika kita hendak menghitung nikmat ALLAH kita tak mampu.. bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa MASYAALLAH hidup ini, apa yang ALLAh kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya.. kalau kita ingat daripada hari kita dilahirkan, tempat dilahirkan sehingga ke hari.. MASYAALLAH, tak dapat nak diucapkan dan  berapa kali nak sebut pun tidak mampu..


Pesanan nabi buat umatnya.

"jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita!"

*actually petikan ayat nie semua aku amik dari video ceramah 'mencari sakinah' oleh Uztat Dr,Asri, 2009.. gigih betul aku salin balik kan, assingment xsiap lgi tp cbuk buat bnder lain. haha xpela benda baik elok kongsi dan sebagai peringatan untuk diri aku sekali. ok, lepas nie entry happy jerk!!heee <3

No comments:

Post a Comment