Sunday, November 20, 2011

perit nyer rasa hati mlm nie. aku terpandangkan sesuatu yang buat aku rasa menyampah ngn diri sendiri. kenapa aku masih lagi mampu bertahan untuk hubungan yang tanpa kepastian. kadang-kadang aku selalu terfikir betul ker keputusan aku nie. mampu ker aku untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

pada masa yang sama mungkin juga sebab aku sendiri yang kuat cemburu mungkin. ahh,aku xpercaya. lumrah lah seorang perempuan untuk merasa cemburu bukan. aku sama juga seperti wanita lain. senang cemburu,mudah curiga, sentiasa was-was, perlukan perhatian, ingin dimanja, teguran yang berpadanan. kemana lagi perlu wanita berbakti kalau bukan untuk lelaki yang akan bergelar suami nanti. itu lah syurganya.

tapi tempoh waktu yang agak lama untuk aku menantikan gelaran sebagai seorang isteri terlalu jauh masa nya. yea. sekarang lebih elok aku berbakti untuk keluargaku. bukan ini yang aku nak cerita. masalahnya perasaan aku permulaanya. kenapa aku dilayan sebegini rupa. umpama tidak wujud di mata semua. umpama tiada makna di mata semua. umpama tiada nya aku dikalangan mereka.

aku mungkin tabah orang nya. slagi ada waktu mungkin aku boleh sabar. selagi ada ruang yang kosong mungkin aku boleh tolak ketepi. abaikan umpama tiada apa yang telah berlaku. tapi sedarlah kamu ini semua hanya mungkin. jangan sampai kamu yang menyesal sendiri. di saat itu mungkin tidak tertahannya kesabaranku maka kosonglah hidup kamu. mungkin itu yang terbaikkan. yea, aku perlu redha untuk semua yang kamu lakukan begitu sahaja kah? kali ini nantikan sahaja.

**mungkin aku jerk kot pham aper yang aku tulis. berapa lama untuk aku berkelakuan begini aku xpasti.

No comments:

Post a Comment