Wednesday, May 25, 2011

:: wasiat ::

Sepuluh wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.... 







1) Bangunlah SOLAT apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.



  AKU : aku bangun kalau azan berkumandang jerk tp bila dah abiz aku tido balik..aisshhh last skali solat time-time akhir gak..tahu bring time azan nti mayat jdi berat,tp xsdar solat hujung waktu seksaan kubur tu cam ner ha...tyra insaflah..bukan aper,lagipun tilam bilik aku nie sedap sangat...tidur konon nak seminit dua..ha last skali sejam dua..amik ko!






2) Bacalah AL-QURAN atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.


 AKU : kalau tgok tv ngan online fb xberfaedah gak ker..T_T. aku pun perasan gak bila aku ngadap laptop xsedar-sedar masa terhabis macam gitu jerk..means aku buang masa!.tp aku paling suker part dalam drama nur kasih  yang nur xleh tido then dia berzikir smbil pgg tasbih..dan aku sdang cuba praktikkan yang tu..heee







3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.



 AKU : aku tak tahu langsung bahasa arab..malu nyer..setakat wat mengaji al-quran tu boleh la tp tu pun tajwid ntah btul ntah tidak..my cousin yang belah mak pun tahu cakap arab..sedih.....terasa lepas nie nak g amik kelas bahasa arab pulak..hurmm tpkan time kecik-kecik ,uztaz aku pernah kata xpayah belajar bahasa arab pun xper coz nti bila kita dah mati ngan sendirinya kita boleh cakap arab bila malaikat tanyer..wallahualam....






4) Jangan banyak BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.



 AKU : aku memang tak suker bertengkar-tengkar..lagi-lagi nak cari pasal. bkan dapat apa faedah pun.tapi  kadang-kadang sebab emosi yang terlampau diri tak boleh nak kawal..sabar tyra,sabar..yela setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaian nyer kan..cuba bawak berbincang..be profesional..cheewah...






5) Jangan banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.



 AKU : kalau memang jenis yang suker ketawa macam mana?lagi-lagi kalau tengok citer komedi dan aku memang suker citer cam tu dari citer hantu..tp xder la ketawa sampai xingat dunia..alhamdulillah aku masih boleh mengawal nyer..xsilap aku juga kalau banyak ketwa pun hati boleh gelap kan..tul ker xnie..kalau salah abaikan jela yea..huhu






6) Janganlah banyak BERGURAU kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
.


 AKU : eh,aku serius kot orang nyer..gurau pun bertempat.tak kan la time kerja n belajar pun nak bergurau kan.tpi xtahu la pandangan orang lain macam mana kan..orang slalu kate aku nie muker serius, sombong, garang..skali dah kenal..haa...paham-paham sendiri la yea..huhu







7) Janganlah BERCAKAP LEBIH NYARING daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.



 AKU : nie ader cikit kot..biasalah perempuan emo...xsangka lak berckap kuat nie boleh menyakitkan hati orang lain..ingatkan setakat sakitkan telinga jerk..hurmm lagi-lagi kalau dah kat u,dalam bilik tv tu...kalau sorang dah emo hanis semua pun berjangkit nak emo ngan jerit2 nie..kadang-kadang aku pun xterkecuali..lepas aku akan cuba kawal k..






8 ) Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.



 AKU : mengumpat??nak kata xpernah menipu kot..mesti ader cikit nyer..tp aku selalu cuba elakkan dan sometimes terkeluar gak kalau dah  tak tahan ngan perangai seseorang tu...mengecam pertubuhan? kutuk u sendiri kot,,huhu insyaALLAH aku cuba berkata yang  baik-baik sahaja..harap kawan-kawan aku juga begitu..amin.....






9) Berkenal-kenallah dengan SAUDARA MUSLIM yang saudara bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.



 AKU : 'berkenalan lah sekalipun dia tidak meminta'....betul tu..sekali pun die kawan kepada kawan kita pun..layanlah die ngan elok..aku xcakap orang lain,aku sedang memesan pada diri aku sendiri nie...tapi kalau baba berkawan ngan laki nie susah cikit..dieorang nie mudah perasan..kita nak berkawan tapi dieorang dah pikir bukan-bukan..tu yang aku lebih selesa berkawan ngan perempuan jerk..eh,berpengalaman nampak...ngeee






10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri ,maka ringkaskanlah pelaksanaannya.






 AKU : ini aku sokong 100%..memandangkan juga dunia semakin kiamat..masa juga semakin suntuk..semakin membesar kita semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul..dan ini semua akan mematangkan kita lagi..kita?yea aku pun termasuk sekali k..tpi kadang-kadang aku lalai gak..orang kedah kate lagho..tu yang selalu tak cukup masa nak study..*terasa yea..

No comments:

Post a Comment